Adakah anda tahu apa itu maksud SEO? SEO atau kami juga panggil sebagai Search Engine Optimization. SEO pada masa kini kebanyakannya digunakan dalam dunia perniagaan online. Untuk meningkatkan trafik laman web atau conversion rate bagi pengguna untuk klik pada website dan terus melawat ke kedai online anda, kebanyakan syarikat atau peniaga akan menggunakan SEO sebagai alat untuk membantu meningkatkan kedudukan laman web mereka atau kandungan mereka.
SEO digunakan terutamanya untuk peniaga atau pemilik perniagaan yang memiliki kedai laman web untuk membantu meningkatkan kesedaran jenama, ia dikenali sebagai teknik pemasaran. Tidak seperti online marketplace di Malaysia seperti Shopee, Lazada, PG Mall, Carousel dan pasaran media sosial lain, peniaga perlu melakukan promosi sendiri. Oleh itu, SEO digunakan untuk meningkatkan trafik laman web.
Mungkin anda masih belum faham apa itu SEO, biar saya terangkan di sini. SEO ialah alat dan proses yang mempertingkatkan website anda untuk membantu meningkatkan brand awareness atau kedai anda apabila pengguna mencari produk atau perkara tertentu yang berkaitan dengan produk jualan, kedai atau kandungan anda.
Semakin tinggi bilangan orang yang mencari dan klik pada tapak anda, semakin tinggi kedudukan tapak anda akan dipaparkan di bahagian atas halaman hasil enjin carian, justeru ia dapat membantu anda untuk mendapatkan lebih banyak exoposure dan kemungkinan yang lebih tinggi untuk orang ramai melawat website atau kedai online anda.