SUSULAN kejadian bintang YouTube Amerika Syarikat, Adam Saleh yang dihalau keluar dari penerbangan Delta Airlines baru-baru timbul pula cerita kurang enak mengenainya di laman sosial.


Pemuda berketurunan Yaman ini popular di laman YouTube apabila memuat naik video yang kebanyakannya menunjukkan reaksi rakyat di AS terhadap muslim dan perkauman serta video prank.


Pelakon, penyanyi rap dan vlogger dari New York berusia 23 tahun ini mempunyai lebih 1.6 juta pengikut di laman YouTube.
Bintang muda ini mula menghasilkan video pada 2012 yang pada awalnya dengan niat untuk berseronok dan kini mendatangkan keuntungan kepada dirinya.


Antara videonya yang popular adalah Killer Clown Prank Gone Wrong’, treet Boxing Match dan ‘Zombie Prank Gone Wrong.


Namun, video bertajuk Racial Profiling Experiment yang dimuat naiknya pada 2004 mencetuskan kontroversi.
Dalam video tersebut memaparkan dua individu yang bergaduh di hadapan seorang polis namun tidak diendahkannya.


Sebaliknya dalam situasi yang sama dengan dua individu berpakaian jubah dan serban bergaduh di hadapan polis yang sama telah di marahi serta diperiksa.






Kecoh di Twitter apabila netizen memuat naik gambar dan senarai video Adam yang dirakam di dalam pesawat.
Dalam beberapa video di dalam pesawat itu, Adam mengenakan pakaian jubah dan serban serta berbicara mengenai adalah menjadi satu ‘kesalahan’ berpakaian sedemikian.


Susulan itu, timbul persoalan di kalangan netizen dengan kejadian tersebut sama ada Adam benar-benar di halau keluar dari pesawat hanya kerana berbahasa Arab ataupun sikapnya yang membuatkan penumpang lain tidak selesa.


Pemuda tersebut didakwa cuba mencetuskan kontroversi dengan sengaja bercakap dalam bahasa Arab di dalam pesawat bagi melihat reaksi penumpang lain.

Bagi seseorang yang sudah sebati dengan sikap ‘prank’ ini sudah tentunya akan menerima akibatnya dan kali ini, Adam terpaksa berdepan dengan masalah apabila dihalau keluar dari pesawat.


Bagaimanapun, Adam menerusi akaun Twitternya membuat kenyataan menjelaskan tindakan syarikat penerbangan Delta terhadap mereka adalah salah dan pihaknya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.


“Perkara yang dilakukan mereka adalah salah dan kami berhak untuk bersuara supaya kejadian yang sama tidak berulag lagi.
“Ya, kami adalah prankster dan apa yang terjadi hari ini adalah benar,” katanya.


Dalam kejadian tersebut, Adam mendakwa diusir keluar daripada pesawat dijadualkan berlepas ke New York selepas seorang penumpang wanita berasa ‘kurang selesa’ dengan bahasa Arab yang dituturkannya bersama ibunya menerusi panggilan telefon.







– MYNEWSHUB.CC