Ada sesiapa yang pernah membeli MILO tiruan di pasaraya?
Sebut sahaja nama MILO, pasti semua tidak asing lagi dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia ini bukan?Dan kepada penggemar minuman MILO, ada satu berita kurang enak yang ingin kami sampaikan kepada anda
Semalam, Facebook MILO Malaysia memuat naik satu status memberitahu pengguna tentang penghasilan produk MILO palsu yang dijual secara berleluasa di sekitar Malaysia
Pada mata kasar, ia tidak ubah seperti produk minuman MILO, namun risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mendapati produk itu sebenarnya palsuSindiket berpangkalan di Taman Mulia di Mantin, Negeri Sembilan dikesan menghasilkan produk minuman coklat palsu jenama terkenal itu sebelum diedarkan di pasar raya seluruh semenanjung Malaysia.
Taktik licik sindiket itu yang menjadikan sebuah rumah banglo di situ sebagai ‘kilang’ bagaimanapun berjaya dibongkar KPDNKK jam 3.30 petang Jumaat, 13 Mac 2015.
Hasil serbuan, sebanyak 225 bungkus minuman bercoklat palsu yang sedia untuk dipasarkan dan beberapa tong serbuk minuman itu ditemui di dalam rumah berkenaanTurut dirampas ialah 1,100 kotak kosong, 50,000 plastik pembungkus kosong, mesin pencetak, mesin pelekat, mesin timbang, pencetak nombor serta 29 unit blok nombor siri bercetak dan 10 unit besi nombor siri bercetak
Beginilah reaksi yang diterima dari orang ramai. Masing-masing risau dan tertanya-tanya sama ada mereka telah membeli produk MILO tulen ataupun palsu sebelum ini.
Persoalannya, bagaimana cara untuk mengenal pasti atau membezakan produk MILO yang tulen dengan yang tiruan?
Bagaimana pula dari aspek kesihatan? Adakah produk MILO tiruan ini memberi kesan serius kepada kesihatan seseorang?
Baca penjelasan dari pihak MILO di sini