Bendera Malaysia dan Orang Johor.


Bila tiba bulan kemerdekaan tanahair, sejarah Malaysia akan kembali ditulis dan dibahas (terkadang dipertikai, diperdebat dan diteori konspirasikan…).

Namun yang jelas, nama yang paling banyak muncul pada musim kemerdekaan ini ialah Allahyarham Mohamad bin Hamzah yang merupakan pereka bentuk di Jabatan Kerja Raya Johor atau Public Works Department of Johore (sebelum tahun 1906 dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya, Ukur Tanah dan Bandaran).


Hamba tidak bersedia membahas dan membincangkan pelbagai khilaf pandangan tentang polemik, teori konspirasi dan misteri berkaitan hal penciptaan bendera Malaysia ini. Ianya bukanlah perkara berkaitan akidah yang perlu diperbahaskan sejarahnya secara bermati-matian.

Untuk lebih lanjut layari :
http://www.rayud.com/blogs/item/bendera-malaysia-dan-orang-johor