Harga emas terkini public gold, syarikat emas dan kedai emas di Malaysia sebagai panduan, informasi, semakan harga emas semasa untuk membeli jongkong emas, emas dinar, emas perhiasan wanita dan tips memulakan pelaburan emas fizikal.

Bagi memulakan pelaburan emas fizikal atau membeli barangan kemas hendaklah mengetahui harga emas semasa agar dapat membuat perbandingan harga emas di Malaysia dan seterusnya dapat membeli emas dengan harga yang murah dan mendapat keuntungan maksimun bagi pelaburan emas fizikal. Harga emas terkini bukan harga kawalan, jadi harganya sentiasa berubah mengikut index emas yang didagangkan di Stock Exchange New York setiap saat. Belajar dan memahami harga emas penting sebagai panduan untuk memulakan pelaburan emas fizikal. Harga emas berbeza sedikit bagi setiap kedai emas atau pun setiap syarikat pelaburan emas. Pergerakan harga emas juga berbeza bagi setiap kedai emas iaitu berubah harian atau mingguan. Perubahan harga emas bagi syarikat pelaburan emas juga berlainan iaitu dari minit hingga harian. Contohnya, syarikat pelaburan emas terbesar Malaysia iaitu Public Gold mengemaskini harga emas setiap 20 minit, syiling Kijang Emas mengemaskini harga emas sekali sehari dan sebagainya.
Panduan harga emas terkini, gold live price sebagai rujukan dan perbandingan harga emas fizikal semasa dan susut nilai emas bagi kedai emas dan syarikat emas di Malaysia.
Harga emas semasa boleh di semak pada website dibawah yang berubah secara harian dan sebagainya. Klik untuk melihat harga emas terkini Malaysia :
1. HARGA EMAS TERKINI PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas semasa public gold yang berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa atau membeli pelbagai produk emas dan perak public gold.
2. HARGA SEMASA EMAS PERHIASAN PUBLIC GOLD untuk melihat harga emas terkini barangan kemas emas 916 yang berubah setiap 20 minit atau melihat pelbagai bentuk barangan kemas terkini tanpa upah tukang.
3. HARGA EMAS HARIAN DI KEDAI EMAS dari Federation Of Goldsmiths & Jewellers Association Of Malaysia, fgjam adalah untuk menyemak harga emas harian barangan kemas dari pelbagai jenis ketulenan emas seperti emas 999, emas 916, emas 835, emas 750 dan sebagainya.
4. HARGA HARIAN SYILING KIJANG EMAS dar Bank Negara Malaysia untuk melihat harga Kijang Emas, membeli atau menjual syiling Kijang Emas.
5. HARGA HARIAN EMAS DINAR KELANTAN dari negeri Kelantan untuk menyemak harga emas dinar dan harga dirham Kelantan.
6. HARGA EMAS TERKINI OUB dari OUB Bank bagi menyemak harga emas OUB atau membeli atau menjual emas di UOB Bank.
7. HARGA EMAS KUWAIT FINANCE HOUSE AKAUN dari KFH bank bagi menyemak harga emas akaun Kuwait Fnance.
TIPS MEMULAKAN PELABURAN EMAS FIZIKAL
Dalam pelaburan emas dan perak fizikal, yang melibatkan urusniaga jual beli emas, perkara yang paling penting adalah peratus harga spread emas atau susut nilai harga emas yang mesti di ambil kira, kemudian harga emas termurah dan faktor-faktor lain. Harga emas dan peratus spread harga emas adalah berbeza bagi setiap syarikat emas, jadi sebelum membeli emas hendaklah menyemak harga emas dan spread emas terlebih dahulu supaya pelaburan mendapat keuntungan yang cepat dan maksima. Peratus spread atau susut nilai emas adalah perbezaan harga belian dan harga jualan emas.
Formula pengiraan peratus spread adalah :
Peratus Spread emas = Harga jualan – Harga belian / Harga jualan X 100
Peratus spread harga emas lebih kecil adalah lebih baik kerana lebih cepat atau lebih banyak mendapat keuntungan. Klik CARA MENGIRA SPREAD DAN MENUKAR HARGA EMAS
Untuk belajar mengenai penggiraan spread emas dan menukar harga emas dunia kepada harga emas dalam Ringgit Malaysia.
Formula asas berkaitan harga emas :
1 Dinar = 4.25 gram Emas 916.6
1 Dirham = 3.00 gram Perak 999
1 Oz = 31.1 gram
1 Rial Berat = 2.72 gram
Panduan dan informasi mengenai harga emas terkini berdasarkan harga emas public gold penting sebagai tips membeli emas atau tips memulakan pelaburan emas fizikal.
Harga emas semasa public gold berubah setiap 20 minit 24 jam sehari kecuali hari sabtu dan ahad kerana urusniaga emas di tutup.
Harga emas terkini bagi public gold dinamakan PG Sell iaitu harga public gold menjual emas kepada orang ramai. Disebelah PG Sell ada harga PG Buy iaitu harga pihak Public Gold membeli emas daripada orang ramai atau harga jualan balik (sell back). Jika kita ke kedai emas hanya dipaparkan harga emas terkini tapi tiada harga jualan balik. Ini adalah kerana kedai emas hanya mahu menjual emas, bukan syarikat pelaburan emas. Jika kita jual balik emas kepada kedai emas, harga emas di potong lebih kurang 25% daripada harga semasa emas. Potongan 25% ini di kenali sebagai susut nilai emas atau peratus spread harga emas. Syarikat pelaburan emas yang sah akan terus memaparkan harga emas semasa dan harga jualan balik. Peratus Perbezaan harga antara harga emas semasa dan harga jualan balik akan menghasilkan peratus spread atau susut nilai emas. Peratus spread yang lebih kecil akan menghasilkan keuntungan yang cepat dan banyak.
Contoh pengiraan peratus spread bagi emas 10 dinar :
Peratus spread harga emas 10 dinar = ( RM5507 – RM5232 ) / RM5507 X 100 = 5%

Emas terdiri daripada 2 jenis iaitu emas pelaburan dan emas perhiasan. Emas pelaburan mempunyai spread yang lebih rendah berbanding emas perhiasan. Emas pelaburan terdiri daripada jongkong emas ( gold bar ) dan emas dinar ( syiling dinar ). Public gold mengeluarkan, menjual dan membeli balik semua produk emas dan perak seperti jongkong emas, emas dinar, jongkong perak, syiling perak dirham dan barangan kemas. Harga emas semasa bagi semua produk emas public gold di kemas kini atau berubah setiap 20 minit kecuali harga emas GAP ( Gold Accumulation Program ) yang berubah sekali sehari.

Produk emas public gold terdiri daripada (rujuk rajah di atas ) :
1. Emas pelaburan iaitu terdiri daripada :
- Jongkong emas 1 gram dalam program GAP ( Gold Accumulation Program ). Program GAP public gold adalah pelaburan emas modal kecil dengan membeli jongkong emas 1 gram yang berharga terkini RM138 dan dikumpul jongkong emas tersebut dan boleh di tukar kepada produk jongkong emas yang lain. Klik CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD untuk panduan mengenai program pengumpulan emas GAP public gold dan cara membeli jongkong emas 1 gram public gold.
- Jongkong emas 999.9 (24 K) 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 500g
- Jongkong emas antarabangsa LBMA 999.9 (24 K) 100g, 500g dan 1000g.

- Dinar Emas 916 (22 K) 1 Dinar (4.25g), 2 Dinar (8.5g), 5 Dinar (21.25g), 10 Dinar (42.5g)

- BungaMas Series 24K, Tai Fook Series 24K . Koleksi jongkong emas dengan design yang menarik yang bercirikan kebudayaan bangsa cina dan melayu. Klik PRODUK JONGKONG EMAS TERBARU KOLEKSI EMAS PELABURAN MELAYU
- Flexibar 24 K. Jongkong emas 50 gram terbaru dan pertama di Asia yang dikeluarkan oleh public gold yang boleh di patahkan kepada 50 bahagian kecil gold bar. Klik JONGKONG EMAS FLEXI BAR PUBLIC GOLD PERTAMA DI ASIA untuk mengetahui mengenai kepingan emas flexi bar public gold.
2. Emas perhiasan atau barangan kemas :
Emas perhiasan public gold dikenali D-Series Jewellery 22K. Emas perhiasan atau barangan kemas emas 916 untuk perhiasan golongan wanita dengan bentuk yang menarik dan terkini pada harga yang murah tanpa kos upah tukang emas. Klik BARANG KEMAS EMAS 916 TERMURAH untuk maklumat lanjut tentang emas perhiasan wanita yang murah.
3. Jongkong perak iaitu :
- Jongkong Perak 999 terdiri 100g, 250g, 500g, 1kg
- Dirham Perak 999 10 Dirham (29.75g). Syiling perak 10 dirham yang murah berharga semasa RM82 adalah sesuai untuk mula menceburi pelaburan emas dengan membeli dan daftar menjadi pelanggan public gold. Pelbagai kelebihan apabila menjadi pelanggan public gold, antaranya ialah kemudahan membeli atau menjual emas sendiri 24 jam tanpa dealer, kemudahan menyemak urusniaga jual beli emas di website public gold dan berpeluang menjadi dealer public gold jika jumlah belian terkumpul RM50k.

Cara mudah jadi pelanggan public gold, klik HARGA SEMASA EMAS PUBLIC GOLD. Apabila anda klik link tersebut dan memasuki website public gold, terus daftar percuma dengan klik pada ORDER atau LOGIN, selepas itu klik REGISTER untuk daftar. Isikan maklumat anda pada ruangan pendaftaran dengan betul kerana jika maklumat salah, emas yang anda beli tidak akan diberikan kepada anda. Untuk mengambil emas yang di beli di cawangan public gold mesti di tunjukkan kad pengenalan, emas yang di beli tidak akan di berikan kepada orang yang tidak berdaftar atau wakil walaupun wakil suami isteri atau adik beradik.Lihat rajah di atas.
Apabila sudah register, anda akan diberikan kod sementara TEMP???, kod temp sementara ini adalah untuk anda login pertama kali membeli emas atau kunci harga emas di website public gold. Untuk menjadi pelanggan public gold, mesti membeli dahulu atau booking harga beli emas atau perak. Anda boleh mula dengan membeli syiling perak 10 dirham sebagai permulaan sebagai lesen jadi pelanggan public gold. Cara kunci harga beli 10 dirham perak, Klik LOGIN dan masukkan username (TEMP) dan password, seterusnya tatar tetikus pada ORDER dan klik PLACED ORDER untuk kunci harga beli 10 dirham. Klik CARA BELI EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD untuk panduan cara daftar dan beli 10 dirham perak bagi menjadi pelanggan public gold.
Apabila telah membeli 10 dirham, barulah anda sah menjadi pelanggan public gold yang akan diberikan nombor kod pg, seperti kod pg saya PG001425. Pelanggan atau customer public gold akan dapat login ke dalam website public gold dengan menggunakan kod pg pelanggan. Ini akan memudahkan pelanggan pg lock harga beli emas atau jual emas sendiri, menyemak maklumat data pembelian atau penjualan emas dan sebagainya. Lihat rajah di bawah.

Emas bukan setakat sebagai barang perhiasan bagi wanita tetapi sebaliknya merupakan satu sumber pelaburan yang menguntungkan bagi jangkamasa panjang terutama jika menyimpan emas pelaburan. Harga emas kini berada di tahap paling rendah dan paling sesuai untuk mula membeli dan menyimpan emas. Oleh ambil peluang di saat harga emas masih rendah melabur sebahagian pendapatan dalam pelaburan emas sebagai mempelbagaikan portfolio pelaburan. Lihat sejarah harga emas yang kini berada di peringkat yang terendah.

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL
Sebarang pertanyaan SMS / Whatsapp : 019-9185593 ( Mohd Zaidi Junus )
SEKIAN, TERIMA KASIH