Results 1 to 4 of 4

Thread: Wira Negara Dalam Arena Sukan Badminton

  1. #1
    Senior Member Pfiza2's Avatar
    Join Date
    Apr 2014
    Location
    Pahang
    Posts
    382
    Post Thanks / Like

    Wira Negara Dalam Arena Sukan Badminton

    Datuk lee chong wei..salah seorang atlit
    yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Beliau adalah pemain badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek.

    Mari kita baca serba sedikit tentang insan yang hebat ini :

    Nama : Lee Chong Wei
    Tarikh Lahir : 21.10.1982
    Tempat Lahir : Penang, Malaysia
    Tinggi : 1.74m
    Berat : 60kg
    Kidal : tidak
    Jurulatih : Rashid Sidek
    Kedudukan Dunia Sekarang : 1 (perseorangan lelaki)

    Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa semasa pembabitan awal beliau dalam bidang sukan beliau adalah seorang pemain bola keranjang. Bagaimanapun ibunya melarangnya bermain sukan tersebut kerana risaukannya. Walaubagaimanapun, semangat kesukanannya tidak pernah pudar pada masa tersebut. Beliau jatuh cinta dengan badminton pada umur 11 tahun apabila ayahnya membawanya bermain badminton.

    Lee selalu berlatih selepas sekolah. Chong Wei mempunyai bakat sukan yang besar. Dia terus memantapkan permainan dan sering menghabiskan hampir 5 jam latihan setiap hari untuk berjaya.

    Selepas Misbun Sidek menyedari akan bakat beliau, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan ketika dia berusia 17 tahun. Sejak itu, Lee Chong Wei bekerja keras untuk menjadi pemain terbaik.

    Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya, termasuk gelaran Siri Super. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama sampai ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysia sejak 1996. Kejayaan yang besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)", yang membawa gelaran Datuk.

    Datuk Lee merupakan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang. Info terbaru tentang penglibatan Datuk Lee Chong Wei untuk sukan Asia di Incheon 2014, Korea disini

  2. #2
    Junior Member
    Join Date
    Aug 2017
    Posts
    20
    Post Thanks / Like
    aku rasa thread pasal history nie wajib ada dalam forum sukan supaya boleh ajdi references yang berguna untuk students untuk add references ke apa. Contoh macam badminton rules ke menerangkan peraturan badminton. just add some fact lah.

  3. #3
    Junior Member
    Join Date
    Aug 2017
    Posts
    24
    Post Thanks / Like
    dekat mana nak cari kasut badminton yang murah dan kualiti okay?

  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Apr 2022
    Posts
    7
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •