Results 1 to 1 of 1

Thread: Watsons Tampil Dengan Sesuatu Yang Baru Dengan Drama 'Raya Ni Mesti Kahwin'

  1. #1
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2013
    Posts
    9
    Post Thanks / Like

    Watsons Tampil Dengan Sesuatu Yang Baru Dengan Drama 'Raya Ni Mesti Kahwin'

    Dengan semangat hari raya yang semakin hampir, apakah lagi yang boleh menceriakan mood raya anda selain menonton drama bertemakan hari raya Raya Ni Mesti Kahwin yang kini sedang hangat bersiaran di TV3 sejak 29 Jun yang lalu.
    Drama eksklusif lakonan Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi merupakan kerjasama antara Watsons dengan TV3 yang antara lain membolehkan anda berpeluang untuk membeli belah raya bersama bintang utama di cawangan Watson’s terpilih.
    Dalam drama ini, watak utama Nana (lakonan Nina Iskandar) kini dalam dilema apabila kedua dua teman serumahnya kini sudah bertunang & merancang untuk berkahwin tiga minggu selepas hari raya. Jadi, Nana telah berjanji kepada dirinya sendiri untuk mencari lelaki idamannya dan berkahwin selepas raya.
    Elemen kejutan dan suspens dalam kisah ini boleh dihayati ketika siapakah lelaki pilihan hati Nana dan perjalanan gadis ini untuk mencari cinta sejatinya. Raya Ni Mesti Kahwin bersiaran setiap Sabtu & Ahad pada 9.30 malam bermula 29 Jun
    Bersempena dengan tayangan drama ini dan musim perayaan, Watsons akan mengadakan Jualan Raya Mega Sale sehingga 50% bermula 24 Jun sehingga 6 Ogos. Selain daripada itu, dengan pembelian RM30 dan ke atas, anda boleh mendapat Paket Raya Watsons eksklusif sementara stok masih ada.

    More:
    http://bit.ly/1wJegL5
    Last edited by shinchan 1543; 20-07-14 at 02:23 AM.

  2. Likes wanlin liked this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •