Filem ini mengetengahkan teknik rakaman atas rakaman persis filem hebat Paranormal Activity, setiap babak menggunakan elemen tersebut.
Apa yang menarik dalam Devil’s Due?
Bila anda menonton filem ini, ada beberapa babak yang menjadi tanda tanya, seperti terdapat rakaman CCTV di setiap ruang rumah pasangan yang baru berkahwin ini.
Pada mulanya penulis menjangka si suami memasang kesemua rakaman kamera CCTV untuk merakam setiap memori tetapi jangkaan meleset kerana ada ‘warga lain’ yang turut berada dalam rumah itu.
Siapakah mereka?
Bukan itu sahaja, filem ini juga menyelitkan babak menggelikan seperti adegan memakan organ haiwan secara mentah dan banyak lagi.
Filem ini agak mengecewakan kerana ianya tiada penyelesaian.
Sinopsis:
Selepas misteri hilang pada malam bulan madu mereka, sepasang pengantin baru mendapati diri mereka berhadapan dengan kehamilan yang lebih awal daripada yang dirancang.
Semasa merakam video untuk kenangan, si suami mula perasan tingkah laku ganjil daripada isterinya yang cuba untuk membunuh diri, tetapi selepas sebulan berlalu, perubahan hitam terus berlaku pada minda dan badan isterinya yang sebenarnya mempunyai unsur-unsur mistik.
Filem ini tidak sesuai untuk ibu mengandung.
- Klasifikasi: 18
- Genre: Seram
- Tarikh Tayangan: 9 Januari 2014
- Bahasa: English
- Pengedar: 20TH CENTURY FOX
- Pengarah: Matt Bettinelli-Olpin, Tyler Gillett
- Pelakon: Allison Miller, Zach Gilford
credit: wanista