Aramai Hiti Kawan Kawan!!!
Pantang Mundur!!! kecuali... Cheaking Baini!!!
Ni pet utk mnghilngkn kutu or petua utk mnghilngkn diri slpas post??
Code:#sharingiscaring
1) Mandikan kucing dengan sabun mandi kucing, lumurkan sabun dengan banyak di badan kucing. Kemudian gosokkan ke seluruh badan kucing hingga berbuih2 (jangan sampai mulut kucing berbuih sudah la yer). Kemudian, biarkan dalam 5 min untuk memastikan kutu-kutu tersebut mati lemas disebabkan sabun. Selepas 5 minit baru dibilas dengan air suam-suam kuku hingga bersih dan tiada lagi sisa sabun.
2) Sediakan satu gayung air garam yg suam. Pepandaila cari sendiri garam masakan kat rumah ke, garam bukit ke. Asalkan masin. Kemudian, jiruskan ke badan kucing anda dengan rata, terutama di bahagian yg banyak kutu berkumpul (leher, celah kaki, bawah badan). Kemudian, toss kan kucing anda supaya air mandian yg berlebih tu mengalir keluar. Taukan toss tu camne? Goyang2kan jek kucing anda, atau lurutkan badan dia dgn tangan bagi air mengalir keluar. Kemudian, biarkan kucing itu kering dengan sendirinya. Jangan pergi lap ngan tuala plak, kang sesia jek jirus air garam tu.
3) Selepas kucing anda hampir kering, sediakan dalam segenggam garam halus bak tepung gandum. Macamana nak dapatkan garam halus bak tepung gandum? Caranya ialah dengan memblender garam tersebut sehingga halus bak tepung. Kenapa perlukan garam ini? Tujuannya adalah untuk ditabur di atas badan kucing anda. Kenapa perlu tabur? Supaya kutu-kutu yang liat nak mampus tu mati kekeringan air. Garam merupakan unsur yang mampu mengdehidrat benda. Selepas dah ditabur pada kucing, kalau ada lebih2 tu boleh la tabur sekali dekat tempat lepak kucing anda (Cat Tree, Sofa, Carpet dsb). Biarkan semalaman.
4) Keesokan harinya, belek sekali lagi bulu kucing anda. Anda akan nampak banyak kutu yang dah mati, dan mungkin juga yang belum mati. Tugas terakhir anda ialah mencari setiap kutu yg tak mati lagi dan matikannya. So gunalah cara tradisional itu, cari dan letup. Yang bestnya, kutu anda tidak akan melekat lagi pada bulu kucing anda, maka kerja mencari dan meletup menjadi mudah. Awas, anda mungkin akan menjadi gian untuk mencari kutu dan mengerjakan bulu kucing anda ibarat makhluk spesies Planet of The Apes.
5) Untuk benar2 memastikan kucing anda bebas kutu, ulang proses di atas 3 hari berturut-turut.
Amaran: Tips di atas tidak sesuai utk kucing yang mengalami masalah buah pinggang / batu karang disebabkan penggunaan garam yang banyak.
Selamat Mencuba!
* Kalu dah guna tips ubat kutu, mandi shampoo kucing bersih2, guna garam still masih ada kutu. Cuba petua orang tua.
Titiskan minyak tanah sekitar pot kegemaran kutu itu.
Jgn terlalu banyak minyak tanah tu nanti mati kucing tu kepanasan digigit kutu.
Bubuhlah beberapa titis minyak tanah kat leher, telinga skit kat ekor skit..
cuba try hasil esoknya lihat ..insyaAllah~
*kalo cara jawa, sapu aja minyak telon aka minyak bayi~
Last edited by lolly lilly; 16-01-14 at 11:33 AM.
When life gives you a hundred reasons to cry,
show life that
you have a thousand reasons to smile.
▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌
asal bru post petua die?
Code:#sharingiscaring