Selamat pagi all, sila baca bagi habis...

Kini laman syok.org dibuka kepada umum tanpa perlu mendaftar untuk melihat kandungan yang terkandung dalam laman web ini. Tujuan utama adalah untuk membenarkan engine carian google, yahoo mengambil semua maklumat2 penting yang dishare oleh user di laman web ini seperti info semasa, pengiklanan, tutorial, ilmu pengetahuan, pengalaman, pertanyaan dan jawapan serta lain-lain maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama pengguna yang menggunakan enjin carian seperti google bagi menyelesaikan masalah mereka.

Sehubungan dengan itu, pengguna dan kakitangan website adalah dilarang sama sekali berkongsi movies malay,english, mp3, jika dikesan, ban akan dikenakan. Tindakan ini dibuat bagi menjaga reputasi nama baik syok.org dan menghormati undang-undang dan “Akta harta intelek Malaysia” dan juga syarikat-syarikat pengawalan hak cipta dan recording seperti MPA(Motion Picture), RIM(Recording Industri Assosiation of Malaysia) dan sebagainya.

Sekiranya anda adalah dari syarikat pengawalan hak cipta atau pemilik harta intelek dan mendapati pengguna di laman web ini berkongsi media anda tanpa kebenaran, sila emailkan ke syokadmin@gmail.com untuk tindakan content removal & ban.