ahakzzz..


Gosip Artis - Pertaruh Nasib Dari Sabah




Pasangan penghias muka depan RAP sempena sambutan Tahun Baru Cina ini digandingkan buat kali pertama dan masing-masing tidak pernah bertemu sebelum ini.


Pelakon jelita yang juga anak jati Kota Belud, Sabah, Adeline Tsen, 27, bukanlah baru dalam bidang seni dan antara artis bukan Melayu yang kian menempa nama namun siapa pula Henley Hii?


Tanpa mengetahui pemuda berusia 28 tahun itu juga sebenarnya berasal dari Kota Kinabalu, mereka yang awalnya kelihatan kekok lantas berbual mesra sebaik tahu mereka anak Sabah.


Kena pula kedua-duanya boleh bertutur bahasa Mandarin, senang saja ‘chemistry’ mereka terjalin.


Daripada topik kerjaya masing-masing hinggalah persiapan sambutan Tahun Baru Cina, rancak sungguh perbualan mereka.


Malah Adeline turut meng*utarakan hajat berduet bersama Henley yang juga penyanyi dan pelakon suatu hari nanti.


Apa yang penting, kedua-duanya sudah mampu berbangga kerana kedatangan mereka ke Kuala Lumpur tidak sia-sia.


Berbekalkan impian menggunung, mereka mencatur bakat demi memastikan mendapat tempat dalam industri seni yang serba mencabar ini.


Meskipun bukanlah baru sa*ngat dalam industri, entah kenapa Adeline belum mampu menarik perhatian peminat. Hendak dikatakan bakatnya suram, dia masih tidak putus mendapat tawaran berlakon dan ada saja produser memburunya.


Publisiti diberikan kepada*nya tidak kurang hebat malah baru-baru ini muncul memegang watak Mei dalam filem Adik Manja Returns arahan Dharma Harun Al Rashid.


Mengakui sedar akan kemelut itu, Adeline bagaimanapun tidak pernah terasa hati kerana baginya dia masih lagi baru. Dia senti*asa percaya yang suatu hari nanti dia pasti dikenali, apatah lagi komitmennya sebagai pelajar belum tamat.


“Sebab utama saya mungkin kurang dikenali kerana belum muncul dengan produk yang benar-benar kuat. Bukan saya menidakkan keberkesanan filem serta drama yang pernah saya bintangi sebelum ini, cuma saya sedikit bingung.


“Lagipun berlakon dan menghadiri kuliah dalam satu masa memang sangat mencabar. Menamatkan pengajian masih menjadi keutamaan saya dan perlulah ada ‘give and take’ antara kedua-duanya sehingga disebab*kan jadual bercanggah, sering kali banyak terlepas tawaran bagus,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam bidang perakaunan itu.


Mengisi profil pelakon gebu yang mula mencipta nama menerusi siri muzikal Hotel Mania, Adeline sudah tidak sabar menjayakan satu filem bergenre aksi. Biarpun sekadar watak pembantu, namun ada sebabnya dia berasakan watak berkenaan terlalu istimewa buatnya.


“Filem itu memerlukan saya melakonkan aksi pertarungan dan watak terbabit memang saya idam-idamkan selama ini. Biarpun karakter yang saya mainkan adalah antagonis, namun saya tidak sabar turun set untuk menjayakannya.


“Lagipun, pengarah sendiri berkata, sewaktu mencipta watak berkenaan, dia membayangkan saya adalah calon paling sesuai untuk melakonkannya. Bukan mahu riak tetapi ia satu penghormatan bagi saya untuk benar-benar menghidupkan watak itu nanti,” katanya.


Henley bekas pelayan kafe


Sanggup merantau demi mencapai cita-citanya dalam bidang muzik pada 2006 meninggalkan kampung halaman, Henley hampir berputus asa mengejar impian dalam bidang seni.


Hal itu sebenarnya tercetus apabila beberapa tahun mencuba nasib di sini, hasilnya belum kelihatan malah demi meneruskan kelangsungan hidup, Henley pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe.


Sebelum itu, dia terlebih dulu menyertai pertandingan nyanyian realiti Astro Talent Quest pada 2005 dan berjaya menjadi finalis, namun selepas itu tiada sebarang perkembangan positif dan namanya terus berkubur.


Bagaimanapun, akhir 2006 menjadi titik tolak kejayaannya apabila pada saat dia berhadapan ‘krisis’ dengan bapanya, satu kejadian kemudian menukar fikirannya untuk pulang ke Sabah.


“Bapa sudah mula bising menyuruh saya pulang saja dan tidak perlu lagi bersusah-payah di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, sebaik mendapat tahu mengenai uji bakat Project Superstar di 8TV, saya memujukanya agar memberikan peluang terakhir dan mencuba nasib.


“Saya berjanji kepadanya, jikalau tiada rezeki dalam program itu, saya akan terus pulang ke Sabah. Tuah menyebelahi, gelaran juara yang saya raih akhirnya merealisasikan impian yang saya buru selama ini,” kata pelakon filem Kepong Gangster dan 2359 itu.


Minat menubuhkan dan menyanyi dalam band sejak berusia belasan tahun, hakikatnya Henley kini popular sebagai artis solo. Selepas nyanyian, dia bergiat pula dalam bidang lakonan dan kebelakangan ini peminat lebih mengenali pelakon The Beat (8TV) itu sebagai aktor.


Berbanding nyanyian, jejaka tampan yang cukup dekat dengan muzik rock itu bagaimanapun semakin menyukai serta merasakan lakonan sebati dalam diri*nya.


“Asalnya memang saya mahu jadi penyanyi tetapi apabila sudah berjinak-jinak dalam lakonan, saya mendapat kepuasan berbeza kerana dua bidang ini cukup berbeza.


“Kebanyakan reaksi peminat yang saya dapat sekarang ini pun gara-gara melihat lakonan saya, barulah mereka perasaan saya juga sebenarnya penyanyi. Namun, tak kisah pun,” kata*nya yang sudah menghasil*kan dua album iaitu Crazy dan Love Hacker.




Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...iSabah/Article


p/s: Ingin membaca gosip-gosip artis yang lain? Semuanya di blogzis.com