Results 1 to 6 of 6

Thread: Pesanan² Rasulullah SAW

  1. #1
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    Pesanan² Rasulullah SAW

    Disini terkandung pesanan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW..
    Marilah kita hayati bersama pesanan² yang telah disampaikanya :

    | Wasiat Nabi kepada Ali | Wasiat Nabi kepada Abu Dzar Gifarri | Petikan Khutbah Haji Wida' |
    | Pesanan Nabi Sebelum Tidur | Tiga Perkara Jangan Dilewatkan |

    (Sesaper mahu share pesanan² Rasulullah SAW di thread ini, amat dialu²kan..Marilah kita berkongsi ilmu peninggalan pesanan Nabi junjungan kita untuk rujukkan dimasa hadapan)


    Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada menantu baginda,Saidina Ali Abu Talib seperti
    yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

    Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib
    berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
    Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan
    tiga belas wasiat khusus untukku:
    "

    1.Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki
    tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain
    separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasuki
    tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka
    dia mendapat laknat (mal'un).

    2. Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari
    telunjuk dan di jari tengah'.Sesungguhnya itu adalah
    apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

    3.Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya
    yang melafazkan istighfar:
    "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta"
    ( Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).
    Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku,sesungguhnya
    hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku:
    Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia"
    .

    4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.
    Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka
    dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).
    Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan
    disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta)
    itu celaka.

    5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada
    mengumpat dan mengadu-dumba.Bahawasanya
    orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya
    seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya
    di pintu syurga.

    6.Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan
    nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali
    dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan
    Allah permainan sumpah engkau.Sesungguhnya
    Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani
    orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

    7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan
    rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah
    mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

    8.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-
    bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan
    sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu
    pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

    9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan
    mencolek (mencungkil) gigi.Bahawasanya bersugi itu
    menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai
    Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat
    kerana malaikat amat tidak senang dengan bau
    mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak
    dicolek selepas makan.

    10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.
    Apabila timbul rasa marah,duduklah engkau dan
    fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah
    Taala ke atas hamba-Nya.Pertahankan diri engkau
    daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau
    kepada kesabaran.

    11.Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan
    Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau
    dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh
    peruntukan daripada Allah.

    12.Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau,
    maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau
    dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka
    engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni
    engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.
    Dengan itu,engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

    13.Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara
    penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah
    engkau.Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan
    rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan
    darjat yang tinggi bagi engkau.

    Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku).
    Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

    *°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°*
    Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya:

    1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
    2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
    3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia


    Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya:

    1) Jujur dalam berkata-kata
    2) Menjauhi segala yang haram
    3) Merendahkan diri


    Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya:

    1) Takut berlaku dusta dan keji
    2) Menjauhi kejahatan
    3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman


    Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya:

    1) Merahsiakan ibadahnya
    2) Merahsiakan sedekahnya
    3) Merahsiakan ujian yang menimpanya


    Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya:

    1) Mengawasi dirinya
    2) Menghisab dirinya
    3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.
    *°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°**°*°*


    Antara wasiat, Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a:

    Segala sesuatu itu ada penyakitnya,
    √ Penyakit berkata-kata adalah bohong.
    √ Penyakit ilmu adalah lupa.

    √ Penyakit ibadah adalah riak.
    √ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
    √ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
    √ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.

    √ Penyakit malu adalah lemah.
    √ Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
    √ Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan.
    √ Penyakit agama adalah hawa nafsu.
    Last edited by Eddyz-Kenpachi; 26-02-13 at 09:56 PM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  2. #2
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    7 WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA ABU DZAR AL GIFARRI

    Rasulullah SAW berwasiat, cintailah fakir-miskin, berbanyak silaturrahmi, jangan suka meminta-minta dan jangan takut celaan dalam berdakwah.

    “Dari Abu Dzar ia berkata; “Kekasihku (Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

    (1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka,

    (2) beliau memerintahku agar aku melihat orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat orang yang berada di atasku,

    (3) beliau memerintahkan agar aku menyambung silaturahim dengan karib kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku,

    (4) aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan La haula walaa quwwata illa billah,

    (5) aku diperintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit,

    (6) beliau berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah SWT,

    (7) beliau melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia” (Riwayat Ahmad).
    Last edited by Eddyz-Kenpachi; 26-02-13 at 09:53 PM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  3. Thanks Professional thanked for this post
    Likes ryoma, bjanz liked this post
  4. #3
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman.

    Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.

    Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
    Last edited by Eddyz-Kenpachi; 26-02-13 at 09:53 PM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  5. Likes bjanz liked this post
  6. #4
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like
    Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

    SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :


    “Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :


    1. Khatam Al Qur’an
    2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
    3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
    4. Melaksanakan ibadat haji dan umra


    Bertanya Aisyah :
    “Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
    Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
    “Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”


    - MAFHUM DARI HADIS
    Last edited by Eddyz-Kenpachi; 26-02-13 at 09:52 PM.

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


  7. Thanks Professional thanked for this post
  8. #5
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2010
    Posts
    9
    Post Thanks / Like
    nice share.........tq

  9. Thanks Eddyz-Kenpachi thanked for this post
  10. #6
    Senior Member

    Eddyz-Kenpachi's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    ~** Kayangan **~
    Posts
    3,342
    Post Thanks / Like

    "Those who do not understand true pain can never understand true peace."
    - Pesanan Rasulullah SAW |My Collection Icon|Mari Berpantun -


Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •