Results 1 to 6 of 6

Thread: cerpen Atan,cinta monyet dan Milah.

  1. #1
    Member kazuhirokid's Avatar
    Join Date
    Mar 2009
    Posts
    33
    Post Thanks / Like

    cerpen Atan,cinta monyet dan Milah.

    Nama aku Atan.Nama glamour aku Atan the handsome boy.Umur aku sekarang dah mencecah 20 tahun.Aku rasa dah lama sangat aku hidup kat dunia ni.Aku masih lagi bujang atau dalam bahasa jawanya single.Masih tidak berpunya dan aku juga masih teruna.Ramai kawan˛ aku yang sudah berpunya dan berkahwin.Tak kurang juga yang dah beranak pinak.Comel anak˛ diaorang.Macam muka aku.Tapi apakan daya.Aku masih lagi tidak bertemu jodoh.

    Aku bekerja di kampung sebagai pemetik kelapa.Ramai yang mahu menggunakan khidmat aku sebagai pemetik kelapa.Bukannya aku berlagak atau riak tetapi aku boleh kata yang aku adalah salah seorang pemetik kelapa yang terhandal dikampungku.Semua mengenaliku jika aku berjalan di seluruh kampung.Budak˛ kecil pun boleh kata semua mengenaliku.Nama aku disebut-sebut oleh penduduk kampung dek kehandalanku."Atan handsome ! Atan handsome! " Kata mereka.Okay,abaikan handsome tu.Mereka panggil aku Atan je.Tapi hakikatnya aku memang handsome.Serius tak tipu.

    Walaupun aku masih teruna dan suci,aku juga mempunyai perasaan seperti kawan˛ ku yang lain.Aku ada menaruh hati pada seorang gadis kampung.Sudah lama aku ingin mendekatinya tetapi tidak pernah berjaya.Nama gadis tersebut Jesika Abah Kau atau nama kampung beliau Milah.Aku tahu ,nama nya tidak sedap.Aku sendiri tergelak berguling-guling ketika kali pertama mendengar nama tersebut.Tapi rupanya tidaklah sekampung nama nya.Dia adalah gadis yang amat lawa.Lawa sikit daripada Irma Hasmimi.

    Hari ini ,aku sudah nekad untuk mendekati nya.Sekian lama aku mengusha tetapi tidak dilayan.Tidakkah dia tahu aku yang paling popular di kampung ini.Tidak bangga kah jejaka sekacak aku ingin mendekati beliau.Surat cinta berbunga-bunga yang kutulis telah lama ku simpan.Bauan bedak harum sundal malam ku letakkan ke dalam sampul surat ini sudah sebati di dalam.Surat ini sudah begitu lama aku tulis.Aku pendamkan.Sudah hampir dua tahun aku simpan.Tetapi hari ini aku akan beri surat ini padanya bersama-sama ayat˛ cinta yang aku belajar ketika aku menonton sinetron drama indon.

    Aku sudah nampak kelibatnya daripada jauh.Bersama seorang lagi kawannya iaitu Melah.Aku cukup benci dengan kawannya itu kerana mukanya terlalu buruk bagiku.Tidak secantik Milah.Jauh panggang daripada api bak kata orang putih.Mereka berpisah sebaik sahaja sampai di rumah Milah.Milah masuk ke dalam tanpa menghiraukan aku yang berada tidak jauh daripadanya.Tapi aku sudah nekad.Aku teruskan saja niatku.Aku menunggu di tepi tingkap biliknya untuk menghadiahkan sepucuk surat yang menyatakan perasaaanku.

    Sebaik saja Milah masuk ke bilik,aku sudah bertenggek di atas tingkap biliknya yang terbuka luas sambil membaca syair punjangga yang dikarang oleh Rani Mukeji.' Oh,Milah jika kau sanggup terima aku yang hensem ini,akan ku hadiahkan kapal titanic buatan nepal kepadamu' .

    Serentak dengan itu Milah menjerit dengan kuat memanggil emaknya ," Mak !!! Tolong !!!" Jerit Milah dengan kuat dan gedik.

    " Ya,Milah.Mak datang ni " Sebatang penyapu digengaman emak Milah.

    " Mak!! Monyet Pak Salimon kacau milah lagi! " Jerit Milah lagi dengan nada gedik menggoda.Aww.

    " Berdebah punya Monyet! Berambus kau!! " Aku dibaling dengan penyapu dan dihalau.Belum sempat lagi aku nak tunjuk fak pada emak si Milah.


    Sudah kali ke lima belas aku direject sebegini.Inikah cinta monyet yang mereka kata kan?.Tak guna.Mentang-mentanglah aku monyet.Hina sangat ke? Aku juga memiliki perasaan.Aku hensem apa.Ptuih!



    www.rhump-kid.blogspot.com

    Last edited by kazuhirokid; 17-01-13 at 04:52 PM.

  2. #2
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    ni bukn novel nih~
    ni cerekarama cinta sang monyet
    hee~
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  3. #3
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    haha bace2 last2 monyet betul..

    patut move ke section lawak ni..


  4. #4
    Senior Member syahas890's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    MalaySia
    Posts
    461
    Post Thanks / Like
    nasib aq baca perenggan last aje...ksian monyet....

    . : nOrMaL iS bORiNG : .

  5. #5
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    cari lah monyet betina. aiseymen. tu ler. demand sangat. kan dh kene rejek limablas kali.

  6. #6
    Member
    syokwoo's Avatar
    Join Date
    Jun 2009
    Posts
    39
    Post Thanks / Like

  7. Likes shuffle_017 liked this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •