Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 17

Thread: PE3 sebuah filem PEKIDA ?

  1. #1
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like

    PE3 sebuah filem PEKIDA ?



    Nama filem dan warna logo mungkin berikan bayangan kepada penonton bahawa filem "PE3" adalah berdasarkan persatuan Pekida. Namun ia disangkal oleh pengarah filem itu sendiri, Farid Kamil yang menjelaskan bahawa pilihan nama dan warna hanya kebetulan dan ia tidak membawa apa-apa makna langsung.

    Menurut pelakon dan pengarah berumur 31 tahun itu lagi, kisah benar yang melibatkan sebuah rompakan mikrocip di Pulau Pinang pada dua tahun yang lalu memberikannya ilham untuk menghasilkan sebuah filem bergenre aksi komedi tersebut.

    Dibintangi Farid sendiri bersama pelakon-pelakon lain seperti Kamal Adli, Diana Amir, Along Eyzendy, Taiyuddin Salleh dan ramai lagi, "PE3" menceritakan tentang sebuah geng rompakan yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil). Megat adalah seorang yang sangat cekap dalam kerjanya sehingga tidak berjaya dikesan oleh pihak polis.

    Kegiatan kumpulannya langsung tidak diketahui adiknya, Lina (Diana Amir) yang tak lama selepas itu berkahwin dengan Fumi (Kamal Adli) atas dasar cinta. Sebagai syarat untuk menjadi sebahagian dari keluarga itu, Fumi terpaksa bekerjasama dengan kumpulan Megat dalam melakukan rompakan sehingga kumpulannya berjaya diburu polis akibat dari perihal seorang pengkhianat.

    Dengan menelan belanja sebanyak RM2.8 juta, filem terbitan MIG yang ke-67 ini juga memperlihatkan kemunculan secara kameo oleh yang tak lain dan tak bukan, penerbit serta Ketua Pegawai Eksekutif MIG sendiri iaitu David Teo. Ini bukan kali pertama beliau membuat penampilan khas yang mana beliau turut pernah muncul dalam filem "Remp-It" dan "Susuk" sebelum ini.

    Untuk mengetahui watak yang dipegang Teo, jangan lupa untuk menonton "PE3" yang sudahpun mula ditayangkan di pawagam pada hari ini, iaitu pada 18 Oktober.


  2. #2
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Farid Kamil yang menjelaskan bahawa pilihan nama dan warna hanya kebetulan dan ia tidak membawa apa-apa makna langsung.
    Nak Hidup Mesti Kena Pandai Bohong...
    -MBA IPOH-
    -KTBFFH-








  3. #3
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    benda mcm kacang cap tangan pun nak buat isu . abis bob marley tu mcm mana plak? warna sama juga.. no pekida no cry

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

  4. Likes amal7831 liked this post
  5. #4
    Senior Member

    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    245
    Post Thanks / Like
    peKIDA, peTIGA.

  6. #5
    Senior Member
    Xor's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Posts
    8,008
    Post Thanks / Like
    mana sama.. kan lain..

  7. #6
    Senior Member
    stammofa's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    East Blue
    Posts
    10,998
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    3 line jugak ka?

    ade kaitan ke?

    ade ke tak, ramai yg tunggu astro 1st jugak...

  8. #7
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    alah dulu citer arahan samsul pun sama gak dia org kata ada kena mengena dengan pekida sebab guna ayahda abang long.. abis kat umah kita tu kalau abg yg sulong panggil apa abang tua? LOL cemonlah 3 line jangan emosi... no 3line no cry..

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

  9. #8
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    btol3~ lolly kt uma pon panggil ayahanda n bonda, jd 3 line ke fmily lolly ni?
    lolly kaklong, jd bini gangster plak ke?
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.¢σм ║▌║▌║█│▌

  10. #9
    Senior Member fuad_usman's Avatar
    Join Date
    Oct 2006
    Posts
    165
    Post Thanks / Like
    hahahaha...layankn je

  11. #10
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •