aku suka xavi alonso.. player yg x tamak n x byk songeh..
London: Kapten Chelsea, John Terry digantung empat perlawanan bermula aksi menentang Tottenham, malam esok dan didenda £220,000 (RM1.1 juta) selepas dia membuat keputusan tidak merayu hukuman Persatuan Bola Sepak (FA) England itu berhubung kes penghinaan berunsur perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand, semalam.
“Selepas membuat pertimbangan wajar, saya membuat keputusan tidak membuat rayuan terhadap penghakiman dibuat FA England. Saya juga mahu ambil peluang ini memohon maaf kepada semua terhadap perkataan yang saya gunakan ketika bertemu QPR, Oktober tahun lalu.
“Biarpun saya agak kecewa dengan penghakiman dibuat FA England, saya menerima yang perkataan saya gunakan itu tanpa mengira apa konteksnya adalah tidak diterima di padang bola sepak atau apa juga situasi kehidupan,” kata Terry, semalam.
Turut menerima hukuman, rakan sepasukannya, Ashley Cole yang didenda £90,000 (RM440,705) dan diberi amaran keras supaya berkelakuan baik pada masa akan datang selepas menggunakan Twitter mengkritik badan induk itu berhubung pengendalian kes Terry.
Agensi
“Cole dikenakan hukuman denda itu selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan dibuat FA England berhubung komennya di Twitter yang dianggap tidak wajar dan/atau boleh memanjangkan isu penghinaan ini,” kata kenyataan FA England, semalam.
Cole memadam segera komennya itu dan membuat permohonan maaf serta merta selain turut meminta maaf secara peribadi kepada Pengerusi FA England, David Bernstein. Namun ia belum cukup untuk menghalang badan induk itu daripada terus mengenakan hukuman disiplin terhadapnya. - Agensi
xsbr nk mkn lauk ayam mlm esok... agak2 brp bleh mng? (versi riak)
kalo kalah MU menang tggal 1point jekan..