lolly lilly

~Kisah Rokok dan Epal........Yang Haram? ~

Rating: 3 votes, 5.00 average.


Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.

Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah. ..


Sumber : haluantarbawi.com

Updated 19-11-12 at 11:21 PM by lolly lilly

Tags: agama, fatwa, iman, islam, rokok
Categories
Uncategorized

Comments

Page 1 of 2 12 LastLast
  1. syahas890's Avatar
    terbaek la budak tu....
  2. daus36's Avatar
    terdiam pkcik tu
  3. lolly lilly's Avatar
    kan da kata, rokok tu haram~~
    tp knapa la rmai lg yg ske isap~
  4. fideldesu's Avatar
    Shisha camne plak ?
  5. lolly lilly's Avatar
    Quote Originally Posted by fideldesu
    Shisha camne plak ?
    Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

    يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

    Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)

    Dan firmannya lagi:
    ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

    Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


    Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)

    Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawapan ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.

    Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

    Sekian والله أعلم


    Rujukan:
    1) Website: http://muntada.<wbr>islamtoday.net/t61245.html
    2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin



    Disediakan oleh:
    Ustaz Ahmad Zainal Abidin
    Setiausaha Muis

    Sumber - http://muis.ismaweb.net/2010/04/hukum-hisap-shisha/
  6. pertcentipede's Avatar
    sebagaimana dah disebut dalam beberapa ceramah ustaz2 terkenal bahawa semuanya pada mulanya adalah halal....kita x perlu cari dalil halal.yang perlu cari adalah dalil mengatakan haram sebagaimana haramnya arak deketahui umum melalui dalil.....
  7. mageice's Avatar
    mkn fast food pn ad mcm2 pnybab pnyakit..npa xhramkn? jan2 pn sma..ko pg kl..ari2 hdu asap bas..pn byk pnyakit dpt..npa xhram kn? klu ats dasar xbca bismillah ngn xbca alhamdullilah lpas msa isap okok mnyebabkn rkok haram,,nnti aq bca doa mkn skali
  8. koko99999's Avatar
    Sekiranye benda itu memudaratkan seseorang maka ia adalah haram.
    (Seperti ayat AL QURAN di atas).
    Kita tak boleh cakap rokok adalah haram.


    Betapa indahnya Islam.
    Allahuakhbar.
  9. lolly lilly's Avatar
    Quote Originally Posted by mageice
    mkn fast food pn ad mcm2 pnybab pnyakit..npa xhramkn? jan2 pn sma..ko pg kl..ari2 hdu asap bas..pn byk pnyakit dpt..npa xhram kn? klu ats dasar xbca bismillah ngn xbca alhamdullilah lpas msa isap okok mnyebabkn rkok haram,,nnti aq bca doa mkn skali
    ""Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.""

    disini dinyatakan
    "kemudaratan yg banyak", kalau mkn fast food mmbawa kmudaratan, adakah anda mkn fast food sbanyak anda isap rokok??
    adakah anda hidu asap bas sbanyak anda isap rokok?

    Updated 19-11-12 at 09:07 AM by lolly lilly
  10. lolly lilly's Avatar
    Quote Originally Posted by koko99999
    Sekiranye benda itu memudaratkan seseorang maka ia adalah haram.
    (Seperti ayat AL QURAN di atas).
    Kita tak boleh cakap rokok adalah haram.


    Betapa indahnya Islam.
    Allahuakhbar.
    Seperti yg anda ckp, "Sekiranye benda itu memudaratkan seseorang maka ia adalah haram."
    bukankah dah dinyatakan yg rokok itu memudaratkan,
    jd boleh terangkan pd sy x, knapa ia x boleh jd haram?
  11. tembakartun's Avatar
    PAsnie tukarkan isi kandungan Rokok kepada Vitamin C,
    InsyaAllah sehat dan tidak memudaratkan....

    Rokok x haram,tp yang menghisap
    klu mkn xpe,tp xde org nk mkn rokok kan..
  12. pai's Avatar
    xde ke sup rokok? rokok celup tepung? rokok goreng? sapa pernah mkn rokok masak 3 rase...hik3
  13. koko99999's Avatar
    Kamu tidak faham apa yang saya katakan ?

    Terpulanglah pandangan masing - masing.

    Betapa indahnya Islam.
    Allahuakhbar.
  14. fuzan89's Avatar
    Sekiranya memudaratkan diri sendiri atau orang lain , baru la haram . Nak kira buruk baik.. Makan nasi dengan byk pun kira haram kalau memudaratkan diri sendiri...

    Nanti suruh ustaz tue boikot rokok jual kt kedai baru lah adil... Baru join sekali suma negara2 Islam.. Hehehe
  15. Norahman's Avatar
    semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan diri dan orang sekeliling....
    jadi mmg memudarat kesihatan la.. sekali sedut asap rokok banyak sel dalam badan kita rosak.....jadi fikirkan sama ada rokok itu haram atau tidak?
    bagi yang kata rokok tu tidak haram...sila isap rokok banyak-banyak, sedut asap rokok tu....
  16. pai's Avatar
    Quote Originally Posted by fuzan89
    Sekiranya memudaratkan diri sendiri atau orang lain , baru la haram . Nak kira buruk baik.. Makan nasi dengan byk pun kira haram kalau memudaratkan diri sendiri... Nanti suruh ustaz tue boikot rokok jual kt kedai baru lah adil... Baru join sekali suma negara2 Islam.. Hehehe
    hak3...kn hisap rokok tu memudaratkan org lain... mmg dah terang lg jelas lg.... mkn nasi lain..mmg mula2 okey...klu lebih2 xleh la... rokok ni mula DAH XLEH... sampai bila2 pn ttp haram... bukan ustaz jula rokok..peniaga kn... mahu duit maaa...ape jual lain kira..... utung tembaku dlm negara berape billion setahun.... mmg la diorg xkn stop..... fikir2 je la... umpama dosa.... smapi bila2 de dosa.... yg penting kita ni kene wak pahala..... syurga...neraka..... u pilih je sendiri...... think with imam.... ^^
  17. koko99999's Avatar
    Jangan berbalah pasal rokok. Kalau kamu suka fatwa mengatakan haram, maka ikut ulama mujTahid yang mengatakan haram. Jangan pasal rokok semua bergaduh.

    Artikal seperti ini tak akan ending.

    I love Islam.
  18. ezri impish's Avatar
    alamak.. rokok naik harga
  19. matromeo2's Avatar
    sekali sedut asap rokok beserta udara sampai ke paru paru, dan disalur ke dlm darah, jantung pam. menekan darah kedalam sum sum tulang dan menghasilkan darah baru. sum sum tulang tu menghasil darah bersih yang tercemar untuk menghasilkan anak cacat samalah macam minum racun. kamu tahu itu membunuh diri dosa besar masuk neraka maka hisap rokok tu macam minum racun. adalah untuk membunuh diri cara berlagak sombong
  20. MKay123's Avatar
    Terima Kasih Bro... Rokok tak payah hisap la. Smlm ada futsal kalah sbb mbr aku hisap rokok la, pancit sume Puiii, aku jgk yang steady dlm tu
Page 1 of 2 12 LastLast