~TembaKartuN In Da HousE ~

Persoalan Mengenai Solat Masbuq

Rating: 2 votes, 5.00 average.
Persoalan Mengenai Solat Masbuq | Solat masbuq ialah apabila maklum tidak dapat mengikuti imam pada takbir yang pertama dalam solat.

Jadi, apabila maklum itu masbuq, maka mereka perlu menggantikan rakaat setelah imam memberikan salam yang pertama mengikut kadar rakaat yang tertinggal. Sebagai tambahan ilmu, kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai solat masbuq ini. Jom ikuti soal jawab di bawah ini.
Soalan :Assalamualaikum,
Ustaz, saya ada beberapa kemuskilan mengenai solat masbuq:

1) Bagi makmum yang baru memasuki saf, adakah niat yang dilafas sama seperti niat jemaah biasa walaupun telah ketingalan beberapa rakaat?

2) Perlukah kita berniat mufarakah (berpisah dengan imam) selepas imam memberi salam untuk melengkapkan solat kita?
3) Apakah yang perlu kita lakukan jika kita tidak setuju menjadi imam (atas sebab2 tetentu) ketika sembahyang, tiba-tiba ada makmum yang mencuit meminta kita menjadi imam?
4) Ketika solat sunat, bolehkah kita`dicuit’ untuk menjadi imam?
5) Adakah pahala orang yang menjadi makmum masbuq sama dengan makmum yang berjemaah penuh?
Segala penjelasan ustaz saya ucapkan jutaan terima kasih.

Jawapan :

1 ) Makmum yang baru memasuki saf untuk bersama-sama berjemaah hendaklah berniat sebagaimana solat berjemaah.
2 ) Tidak perlu berniat mufarakah apabila imam memberi salam tetapi wajib meneruskan solat untuk menyempurnakan solat tersebut.
3 ) Harus seseorang itu menjadi imam sekalipun ia tidak bermaksud untuk menjadi imam, tetapi tidak boleh mengikut imam yang diketahui batal solatnya.
4 ) Persamaan antara solat imam dan makmum jika berlainan kerja solat antara keduanya seperti solat zuhur dengan solat gerhana matahari maka tidak sah.5 ) Makmum solat masbuq masih mendapat pahala berjemaah, apabila makmum dapat mengikutnya sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang mengikuti kemudian.

Melayukini.net -
Kita tetap dikira dan mendapat pahala jemaah walaupun sempat bersama dengan imam ketika sedang berada di rukun tahiyyat akhir. Kejarlah pahala jemaah, sesungguhnya bersolat jemaah itu mendapat ganjaran 27 kali ganda. Jom rebut.

Updated 01-09-12 at 03:46 AM by tembakartun

Categories
Ilmuan Agama

Comments

  1. matyie72's Avatar
    soalan no 4, makna nya tak sah solat berimam dgn org yg solat sunat?
  2. matyie72's Avatar
    betul ke tak dapat pahala berjemah jika solat seorang di saf belakang?
  3. tembakartun's Avatar
    Quote Originally Posted by matyie72
    betul ke tak dapat pahala berjemah jika solat seorang di saf belakang?
    tak dapat...
    biar pon solat "seorg" di saf dpan.
    kerana niatnya solat sendiri tidak mngikut imam.

    dan dapat pahala berjemah jika ..
    niatnya "makmum mengikut imam"
    xkira disaf hadapan dan saf belakang.

    bila kita dalam keadaan mcm nie,saf depan penuh,saf blakang hanya kita sahaja,.perlu la sentuh org hadapan,utk mengundur agar bersama saf kita di blakang jika kite sorang.

    adakah sy jawab soalan anda?
  4. tembakartun's Avatar
    Quote Originally Posted by matyie72
    soalan no 4, makna nya tak sah solat berimam dgn org yg solat sunat?
    soalan no 4 tu,
    sekiranya kita tau iman itu solat sunat,jgn kita ikot utk solat magrib..mesti la x sahkan..len niat..

    situasi yg len.jika kita solat sunat,pstu ade org cuit kita..(org tu dtg lambat,tak smpat nk solat berjemaah dgn imam mgrib) org tu x taw..soo tidak mngapa la..teroskan solatt..jgn plak ckp tgh2 solat,;"eh,aqu solat sunat la."hihihi

    klu nk lebih faham cbe tnye ustz yg berdekatan..klu sy salah,maafkan sy...jika siapa bley betolkan..share la kt cnie...
  5. MKRProperty's Avatar
    Quote Originally Posted by tembakartun
    tak dapat...
    biar pon solat "seorg" di saf dpan.
    kerana niatnya solat sendiri tidak mngikut imam.

    dan dapat pahala berjemah jika ..
    niatnya "makmum mengikut imam"
    xkira disaf hadapan dan saf belakang.

    bila kita dalam keadaan mcm nie,saf depan penuh,saf blakang hanya kita sahaja,.perlu la sentuh org hadapan,utk mengundur agar bersama saf kita di blakang jika kite sorang.

    adakah sy jawab soalan anda?
    persoalan??? :
    boleh keh makmum undur kebelakang utk tgglkan safnya? mknenya saf tuh akan berlubang lah..aku pernah dga ustaz ckp , jgn biarkan saf dpn atau sebaris kita kosong wlaupun tgh solat kene penuhkan..
  6. tembakartun's Avatar
    Quote Originally Posted by MKRProperty
    persoalan??? :
    boleh keh makmum undur kebelakang utk tgglkan safnya? mknenya saf tuh akan berlubang lah..aku pernah dga ustaz ckp , jgn biarkan saf dpn atau sebaris kita kosong wlaupun tgh solat kene penuhkan..
    boleh,
    selepas makmum berundur ke blkg..makmum di hadapan dan sebelahnye td perlulah merapatkan saf agar tidak berlubang....,

    saf yg diundur oleh makmum td ade kosong kan??.di sbelah hujung tepi kan.?soo tidak mngapa,..yg tidak bley ade kosong tgh2 antara dua makmum

    sekiranya ade makmum masbuq yg len dtg plak(kelewatan),..makmum tersebut mestila penuhkan saf yg kosong td.

    Adakah saya menjawab soalan anda?
  7. Budak Misteri's Avatar
    jika kta masuk dlam saf waktu imam tgh rukuk, adakh ia dikra sbgai stu rakaat?
  8. tembakartun's Avatar
    Quote Originally Posted by Budak Misteri
    jika kta masuk dlam saf waktu imam tgh rukuk, adakh ia dikra sbgai stu rakaat?
    tidak dikira satu rakaat jika kita hanya masok saf sahaja.hihi

    dan dikira satu rakaat jika kita msok saf dan rukuk bersama2 ngn imam
    Updated 03-09-12 at 09:32 PM by tembakartun
  9. Nett8's Avatar
    Quote Originally Posted by matyie72
    soalan no 4, makna nya tak sah solat berimam dgn org yg solat sunat?
    Perbahasan fiqh tentang imam dan makmum ni panjang lebar. cumanya orang yang nak jadi makmum tu, perlu jelas orang yang dia hendak diikuti itu iaitu (imam).
    contoh kita yang nak solat, nak pahala lebih mesti la kena solat jemaah. jadi bila kita sampai di satu tempat tu, kita perhati dulu la, org yg kita nak ikut sbg imam tu.
    kalau dah jelas kat tempat tu org yang nak solat gerhana, maka kita yang nak solat fardhu TAK BOLEH la bermakmum imam tadi tu. Asbab nya solat sunat gerhana tu tak sejajar dengan solat fardhu yang kita nak tunaikan tu. maksud tak sejajar di sini, dalam solat sunat gerhana (rukuk dilakukan dua kali) berbanding solat sunat yang lain. - contoh tgk sini :

    Solat Sunat Gerhana

    Selain solat sunat gerhana, solat sunat jenazah juga tak boleh, Asbab sama juga, iaitu tak sejajar.

    Akan tetapi solat sunat yang lain, contoh solat sunat Tarawih, boleh kita ikut walaupun imam niat solat sunat tarawih, kita sbg makmum niat solat sunat fardhu. atau kita nak qadha solat-solat sebelum ni yg kita tinggal. kalau 2 rakaat, imam bagi salam kita ikut, kalau 3 atau 4, lepas imam bagi salam, kita bangun tambah lagi rakaat yang baki tu.

    Wallahualam.
  10. Nett8's Avatar
    Pasal masbuq ni... yang teman dengar dlm kuliah fiqh solat di masjid tempat teman... senario masbuq mcm ni...

    Imam takbiratul ihram, makmum A, B & C pun takbiratul ihram selepas imam tadi. Imam membaca Surah Al Fatihah hingga habis. makmum A, B & C mengaminkan... dan makmum A, B & C mula membaca surah Al-Fatihah (secara sirr - tidak nyaring) hingga habis bacaan.

    Tiba-tiba datang makmum D, dan dia masuk saf dan takbiratul ihram... makmum D ni sempat baca Basmallah. Dan pada masa sama imam tadi habis membaca surah dan rukuk.

    Jadi, makmum D ni la yang dikatakan masbuq tu. Imam rukuk, jadi dia pun kena ikut rukuk sebelum imam berdiri tegak (i'tidal). kalau imam sampai dah berdiri tegak (i'tidal) dan makmum D tadi tak rukuk juga, maka rakaat pertama bersama imam terputus. masbuq ni walaupun dia tak sempat nak habiskan AL-FATIHAH (yang mana menjadi rukun qauli), dia tetap mendapat rakaat, bagi rakaat pertama tadi tu bersama imam, dan FATIHAH yang dia tak sempat habiskan tadi tu ditanggung oleh imam.

    Berbeza dengan makmum A, B & C tadi yang mana mereka bertakbiratul ihram awal dengan imam, mereka ini adalah muafiq. makmum A, B & C ni wajib habiskan AL-FATIHAH. tempoh mereka habiskan bacaan AL-FATIHAH, adalah imam tidak melebihi tiga RUKUN PANJANG. iaitu sebelum imam bangun daripada SUJUD yang kedua.

    Wallahualam.
  11. hothman48's Avatar
    Quote Originally Posted by tembakartun
    soalan no 4 tu,
    sekiranya kita tau iman itu solat sunat,jgn kita ikot utk solat magrib..mesti la x sahkan..len niat..

    situasi yg len.jika kita solat sunat,pstu ade org cuit kita..(org tu dtg lambat,tak smpat nk solat berjemaah dgn imam mgrib) org tu x taw..soo tidak mngapa la..teroskan solatt..jgn plak ckp tgh2 solat,;"eh,aqu solat sunat la."hihihi

    klu nk lebih faham cbe tnye ustz yg berdekatan..klu sy salah,maafkan sy...jika siapa bley betolkan..share la kt cnie...
    yg sy perhatikan klu ada org nak jadi makmum dan imam tu tgh solat sunat dia akan tunjukkan isyarat dengan menurunkan tangan kanan ke bawah yg bermaksud dia tgh melakukan solat sunat. sekian
  12. aRe_aRm's Avatar
    salam...
    just nk kongsi ilmu sikit...
    hari 2 saya ada dgr org baca hadis dkt masjid saya...
    dlm hadis 2 kata, apabila seseorang yang ingin solat jemaah di masjid tetapi imam & makmum telah selesai menunaikan solat, maka apabila dia solat di dalam masjid selepas itu dia dikira mendapat pahala orang yang berjemaah sekali...
    (maaf saya terlupa hadis nie dari sumber mana. tapi yang pasti buku dia warna biru dan tebal jgk la hadis nie...)
    wallahualam...