PDA

View Full Version : Masalah Mengantuk Dalam Kelas



wafi2510
22-06-12, 01:02 PM
http://m5.paperblog.com/i/9/97384/school-daysthe-best-memories-in-my-life-L-w8eJPz.jpeg




Masalah mengantuk dalam kelas memang dah menjadi lumrah dalam hidup kita, tambahan pula kalau cikgu ataupun lecturer dalam kelas kita tu memang suka men'dodoi'. Kalau nak dijadikan cerita tidur ni memang dah jadi favourite aku time sekolah. Asal cikgu masuk aje aku terus lali (korang pun sama). Setelah di'google' maka aku jumpa artikel ini, yang selebihnya aku tambah sikit-sikit. Moga boleh dijadikan pedoman buat kaki-kaki tidur.

Berikut merupakan penyelesaian bagi masalah ini:



1. Pastikan makan yang pelbagai kerana terdapat nutrisi tertentu yang tak terdapat dalam sesuatu makanan tertentu. contonya: Magnesium jika tidak mencukupi boleh menjejaskan kegiatan otak kita. Ferum yang tak cukup boleh menyebabkan darah kurang. Hal ini kerana darah terbina daripada hemoglobin yang dibina daripada ferum (zat besi). Kurangnya trasnpostasi oxygen ke tisu badan dan seterusnya menyebabkan badan penat dan mengantuk.




http://hauora.pbworks.com/f/Food%20pyramid.gif

Nutrition Pyramid by: Google




2. Air. Air merupakan bahan yang sangat penting yang memastikan metabolisma dapat berjalan dengan baik. Sememangnya betul jika kita tak cukup air, makan lah secukup mana pun, nanti kita akan mengantuk. Ini demikian kerana metabolisma amat memerlukan air. Air yang kurang juga boleh membawa kepada kurang aliran darah ke otak (hypoperfusion) dan boleh menyebabkan mengantuk.



https://reedsontheway.files.wordpress.com/2012/04/water-glass.jpg
Google Image



3. Makan tak cukup (kurang makan), kesannya sama seperti hypoxia (kurang oxigen ke otak), otak tak dapat oxygen yang cukup. Kita diisarankan makan secukupnya waktu pagi sebelu pergi ke kelas supaya tak lapar dan dahaga di kelas. Individu yang selalu berlapar (berdiet) secara berterusan mempunyai masalah besar pada tekanan darah (tekanan darah terlalu rendah yang menyebabkan kurang aliran ke otak) dan juga masalah pada kebolehan untuk fokus di dalam kelas. Kajian dalam bidang patofisiologi mendapati individu yang berlapar secara berterusan (diet) mengalami kurang konsentrasi selain mempunyai memori yang tidak dapat berfungsi secara normal.


4. Keceriaan dapat dikembalikan dengan bersukan kerana penghasilan endogenous endorphine (sejenis dadah semulajadi dalam badan) dapat menggembirakan emosi yang kurang ceria dan mengelakkan kemurungan dan lemah semangat. Selain itu cahaya matahari membantu merangsang serotonin yang dihasilkan pada waktu pagi (dalam day cycle, anatomical clock) yang memastikan kitaran tidur dan jaga seseorang itu berjalan dengan sempurna. Kehadiran hormon serotonin dalam otak bertanggungjawab menyebabkan keceriaan kepada individu yang terdedah kepada cahaya matahari. melalui sukan, detoxification (penyah-toksikan) berlaku melalui peluh dan badan menjadi segar selepas bersukan. Bersukan juga membantu dalam pembinaan stamina yang dapat membantu memperkuatkan badan waktu menelaah pelajaran. Apabila otot menjadi lebih kuat, maka individu tersebut lebih bersedia untuk duduk di kerusi atau berdiri sewaktu praktikal dengan lebih lama tanpa rasa penat kerana stamina yang meningkat didapati sewaktu bersukan.


5. Sekiranya secara tiba- tiba kita rasa mengantuk dalam kelas, saya mencadangkan agar dibuat aktiviti yang dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak (high inotropic+dromotripic effect to heart) dalam kelas iaitu aktiviti yang paling berat boleh buat sewaktu duduk di atas kerusi dalam kelas. Saya sendiri sewaktu rasa mengantuk di dalam kelas, saya akan mengangkat kaki berulang ulang kali sehingga penat (sebelah kaki tapi seluruh bahagian = tigh + calf), sehingga denyutan jantung benar benar meningkat, seterusnya secara ajaibnya, saya tidak mengantuk lagi :)

6. Pastikan semangat membara bara sewaktu datang ke kelas.

usmat
23-06-12, 07:52 AM
petua saya untuk pelajar-pelajar saya jika mengantuk dalam kelas...saya suruh mereka pegang kepala dengan dua-dua tangan...pegang kuat-kuat...angkat kepala ke atas dan hantuk kan ke meja kuat-kuat...necuaya ngantuk tu hilang...:)

fahmi_skeen
23-06-12, 10:38 AM
petua saya untuk pelajar-pelajar saya jika mengantuk dalam kelas...saya suruh mereka pegang kepala dengan dua-dua tangan...pegang kuat-kuat...angkat kepala ke atas dan hantuk kan ke meja kuat-kuat...necuaya ngantuk tu hilang...:)

fuh..mereng terus student pas wat camtu.hehe..

wafi2510
23-06-12, 06:10 PM
usmat ko cikgu ke?...haha parah student2 sekarang ni...

fideldesu
23-06-12, 08:34 PM
petua saya untuk pelajar-pelajar saya jika mengantuk dalam kelas...saya suruh mereka pegang kepala dengan dua-dua tangan...pegang kuat-kuat...angkat kepala ke atas dan hantuk kan ke meja kuat-kuat...necuaya ngantuk tu hilang...:)
kesian menangis budak tu karang, kalau aku... aku suh diorang bakar okok sebatang lu kat luar klas, bru ilang ngantuk ~

wafi2510
23-06-12, 09:58 PM
kesian menangis budak tu karang, kalau aku... aku suh diorang bakar okok sebatang lu kat luar klas, bru ilang ngantuk ~
mesti rokok canyon kan...

fideldesu
23-06-12, 10:04 PM
mesti rokok canyon kan...
eh ? mane ko tau ? hebat la ko dpt read mind aku ~

wafi2510
23-06-12, 11:28 PM
eh ? mane ko tau ? hebat la ko dpt read mind aku ~
hehe baru lepas baca ' Permata Yg Hilang' ...ilmu masih penuh didada....:p

hammer_head
24-06-12, 12:37 AM
Ak klu mengatuk senang jer nak buat.. Angkat tangan.. Cakap kat cikgu atau lecturer kat depan
"Saye mengantok ler, Nak balik bilik".. Pastuh balik bilik tido kat bilik.. Selesai masalah mengantuk dalam kelas
sbb ak mengantok dalam bilik plak..

wafi2510
24-06-12, 12:47 AM
Ak klu mengatuk senag jer nak buat
hehe dah tau dah......

http://scratch.mit.edu/static/projects/Nightcatart/760922_med.png