PDA

View Full Version : ~Kisah Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam~



lolly lilly
15-10-12, 08:53 PM
Ok la, sekarang masing2 sibok baca citer hantu~ lolly pon nk citer jgk la dr citer yg lolly taw~ mungkin ramai yg taw pasal citer ni~ n ada jgk yg tataw~ lolly just share je~ tp sila bg prhatian okies, pastikn anda btol2 brani utk mmbacanye~ :o tataw nape, citer hantu rumah sewa RM50 di Seksyen 2, Shah Alam menjadi popular secara tiba-tiba. Mulanya di-post oleh Mr. G (http://gengcerita.activeboard.com/forum.spark?aBID=1623&p=20&memberID=1363912) kt sebuah forum komuniti tmpatan ( (http://gengcerita.activeboard.com)http://gengcerita.activeboard.com (http://gengcerita.activeboard.com)) (http://gengcerita.activeboard.com). Kemudian, nukilan ini telah di-share di Facebook (http://facebook.com), forum n blog smpai ada yg mengaku sbagai penulis asal. Kisah ini turut mendapat perhatian blog popular tempatan seperti blogserius (http://blogserius.com). Mgkin sbb itu kisah ni dapat impak yg hot di search engine (http://www.google.com.my/#hl=en&sugexp=les%3B&gs_nf=3&cp=33&gs_id=3p&xhr=t&q=cerita+hantu+rumah+sewa+seksyen+2&pf=p&sclient=psy-ab&oq=cerita+hantu+rumah+sewa+seksyen+2&gs_l=&pbx=1&fp=1&bpcl=35277026&biw=1366&bih=670&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.&cad=b). Malangnya, citer ni ada yg sahih n ada part yg x~ lolly x igt baca citer ni kt blog apa sbb lolly just save citer nye, tp citer ni da lma sgt~



Kisah nye macam ni~~~~

__________________________________________________ __________________________________ _ _ _

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.

Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…

Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!

Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.

Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat.

Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……

Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Salleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la…Nokia 3310

lolly lilly
15-10-12, 09:01 PM
memandangkn lolly dok shah alam, jd nk pastikan citer ni btol or x, lolly da g merendek area tu, n hasil nye, rumah tu memg ada~ hurmmm~ keadaannye lebih kurg mcm ni~~

http://4.bp.blogspot.com/-ILyVAs3M1Q0/ThmcKwSiv0I/AAAAAAAACy0/qGVcEGvPqiI/s1600/Gambar+Rumah+Hantu+Seksyen+2+Shah+Alam.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-unJF5gLKKvc/TXrWHSPz4rI/AAAAAAAACNA/wcuwHhiTcvw/s1600/IMG_1752.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-bwOSmkOiAqw/TXrWHB7wyPI/AAAAAAAACM4/H8T9V4tFZlI/s1600/2.jpg

supernova
15-10-12, 09:06 PM
citer ni penah masuk kosmo itu hari. :cabut:

lolly lilly
15-10-12, 09:10 PM
citer ni penah masuk kosmo itu hari. :cabut:
yg masok kosmo tu bukn kt negeri smbilan ke? yg rumh trbakar tu eh?

fideldesu
15-10-12, 09:12 PM
ramai plak org post pasal cite antu :lol:

nak ajak member la sok2 g check area tu betul ke x..

supernova
15-10-12, 09:31 PM
yg masok kosmo tu bukn kt negeri smbilan ke? yg rumh trbakar tu eh?


tak.. citer ni ler.. dua tiga bulan lepas masuk nye. gambo pn sama dgn gambo first tu. ish. :cabut:

Captain Price
15-10-12, 09:59 PM
baru hari tu kul 3 pagi aku dtg melawat tapak :guling: yg pelik, jiran2 kat situ mcm mane lah dorg duduk.. lagi2 rumah sblah & rumah blakang tu..

k a y a m
15-10-12, 10:26 PM
ni kt sec2 s.alam kn. mmg btol ade. kwn aku tgh ari buta nmpk bende tu kt dlm umah tu

lolly lilly
15-10-12, 11:21 PM
baru hari tu kul 3 pagi aku dtg melawat tapak :guling: yg pelik, jiran2 kat situ mcm mane lah dorg duduk.. lagi2 rumah sblah & rumah blakang tu..
tu la pasal, tp dorg kn cina~ rsa nye dorg taw tp wat2 tataw kot~ :lol:

ni kt sec2 s.alam kn. mmg btol ade. kwn aku tgh ari buta nmpk bende tu kt dlm umah tu
waaa, hebat~ lolly lalu2 x nmpak pon~ tp meremang2 la jgk bulu mata~ :guling:

tembakartun
15-10-12, 11:41 PM
mat nagih je duk kt citu

lolly lilly
15-10-12, 11:48 PM
mat nagih je duk kt citu

xdk la, mat nagih pon x brani masok~ :lol:

Captain Price
15-10-12, 11:53 PM
mat nagih pun fikir 3,4 kalo nk masuk.. :guling:

tembakartun
16-10-12, 12:49 AM
mat nagih yg jdi antoo tu..:guling:

rubberbulletskisses
16-10-12, 01:02 AM
baru je lalu depan umah ni ari ahad lepas. rumput baru dpotong (barni jgak pmotong rmput tu). tgk siang2 pon dah seram, dengan buaian besi kt depan umah still ade. (risau jgak mane taw tibe2 buaian tu bgerak sendri) keh3.

JefReneemommA
16-10-12, 05:05 AM
Yes, I am happy to have found this forum. Thank you!

alim azrich
16-10-12, 06:09 AM
wallaweh....panggil seekers lh klu mcm ne.. banglo tinggal mne x seramnye...

dark lord zinan
16-10-12, 09:52 AM
kalo rumah yang dalam gambar tu, mmg blakang rumah aku je tu... 5 tahun da aku sewa blakang rumah tu, xda lak dengr pape... n rumah tu da cantik da skg... pas tu, pagar keliling tu da pakai kawat bulat... cam kat kem askar da... ni yang aku seram nk balik malam ni....

dark lord zinan
16-10-12, 09:54 AM
tapi aku bg tau terus terang, kawasan seksyen 2 tu mmg kadang2 ada rase seram sikit... tempat cam kelam tau... tp tgh2 bandar s.alam.. aku da 5 tahun kat situ, mmg da lama aku rase... cuma aku ignore je. kawasan tu antara kawasan pertama kat s.alam... banyk gak cite seram kat situ

lolly lilly
16-10-12, 10:08 AM
tapi aku bg tau terus terang, kawasan seksyen 2 tu mmg kadang2 ada rase seram sikit... tempat cam kelam tau... tp tgh2 bandar s.alam.. aku da 5 tahun kat situ, mmg da lama aku rase... cuma aku ignore je. kawasan tu antara kawasan pertama kat s.alam... banyk gak cite seram kat situ
btol tu, tiap kali lolly lalu c2 lolly pon rsa seram~ pelik la jgk sbb area tu pusat bndar tp knapa gelap nye lain mcm~ hee~
ayah pon x bg lalu sna sgt~ tataw nape~ :confused:

monkey d samad
16-10-12, 01:26 PM
pergh...baca citer ni pn sadis btol......smoga roh Naim ngan Salleh diberkati......kalau wt filem nih....memg trbaik la....berasaskan kisah benar

dark lord zinan
16-10-12, 02:05 PM
email kat kat shamsul la... nanti dia wat filem

pai
16-10-12, 05:03 PM
seram... bace mlm2 sorg2 ni mmg takut la...
apsal la loly ni suke benor citer mcm ni..
hairan pai...^^

supernova
16-10-12, 07:58 PM
seram... bace mlm2 sorg2 ni mmg takut la...
apsal la loly ni suke benor citer mcm ni..
hairan pai...^^

eleh.. pai wat2 hairan lak. die tu pn banyak stok citer seram.. heh. ;phew;

lolly lilly
16-10-12, 10:20 PM
seram... bace mlm2 sorg2 ni mmg takut la...
apsal la loly ni suke benor citer mcm ni..
hairan pai...^^
btol3 memg seram~ masa 1st lolly bca ni, lolly, mak n adik je ade kt umah~ tgh syok2 bca citer ni tetbe ada bunyi pelik plak kt lua~ da la time tu tepat2 tgh mlm~ trus cancel bca~ hee~

eleh.. pai wat2 hairan lak. die tu pn banyak stok citer seram.. heh. ;phew;
btol3~ pai lg hebat dr lolly kn kak nOva~ :o

pai
16-10-12, 11:03 PM
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphoto...26257764_n.jpgbtol3 memg seram~ masa 1st lolly bca ni, lolly, mak n adik je ade kt umah~ tgh syok2 bca citer ni tetbe ada bunyi pelik plak kt lua~ da la time tu tepat2 tgh mlm~ trus cancel bca~ hee~btol3~ pai lg hebat dr lolly kn kak nOva~ :oye ke...pai xde pn kisah seram ni... cuma yg org punye je.....loly ni suke sngt hantu kak limah......nova pn same... klu hantu kak limah gak....duk gelak je la memanjang....loly xseram ke mlm2 time duk sorg umah?takutnyeeee..........huhu..pai hari2 duk sorg je dlm bilik ni...haha

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/c67.0.403.403/p403x403/560809_479235818773883_46244369_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphoto...26257764_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphoto...26257764_n.jpgni pai siap lukis....special buat thread lolly..hehe

lolly lilly
17-10-12, 10:53 AM
ye ke...pai xde pn kisah seram ni... cuma yg org punye je.....loly ni suke sngt hantu kak limah......nova pn same... klu hantu kak limah gak....duk gelak je la memanjang....loly xseram ke mlm2 time duk sorg umah?takutnyeeee..........huhu..pai hari2 duk sorg je dlm bilik ni...haha

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphoto...26257764_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphoto...26257764_n.jpgni pai siap lukis....special buat thread lolly..hehe

gambar penyu lolly faham~ tp gambar baju n tikar getah tu nk wt gapo pai? hhihi~ :lol:
2 pic lg xpat nk tgk la pai~

ehem2, lolly x ske hantu kak limah ye, tgk je ok~ :o
lg pon ada ssetengah citer seram bolh di ambil iktibar, n lolly pon bukn caye sgt mende2 tahyul ni~ hee~

shadowyz89
02-11-12, 02:05 AM
aku x taw ar rmh nh kt mane.. sek 2 yg mana? shah alam nh da mcm kwsn permainan bg aku.. :guling: tp x pnh g lg rmh nh.. btw.. kwsan shah alam nh mmg kelam n sunyi especially after mgrb.. lg2 kwsn kt sek 12.. kwsn2 perumahan org kaya. mmg jalan yg berlampu pn mcm xda lampu.. kelam je.. aku pernah hntar berger kt sek 12.. lalu dpn rmh yg dikatakan rmh mona fendi.. mmg seram. aku pernh ikut kawan2 aku g masuk rmh tu.. tp frankly aku ckp.. aku x brani.. aku duk dlm kete dgn 2 3 org.. tp ade mmb aku.. amik gmba dpn rmh tu pas sesi jelajah rmh tu.. esk nye die tgk gamba tu.. ade kelibat putih besar setinggi pokok kelapa kt blakang die.. trus demam die 3 hari.. n seingat aku.. kt blakang die mmg xda pkok pn.. :guling: aku da seram tulis mlm2 cm gini..

k a y a m
02-11-12, 07:56 AM
yg umah kt sec 12 tu, member2 aku masuk, dtg 14 org, tp bile kire 15 org. kire byk kali pn tetap 15 org. muka sume kenal je. tp xtau mne yg palsu. dah keluar, kire balik, ade 14 je :guling:

lolly lilly
02-11-12, 10:32 AM
yg umah kt sec 12 tu, member2 aku masuk, dtg 14 org, tp bile kire 15 org. kire byk kali pn tetap 15 org. muka sume kenal je. tp xtau mne yg palsu. dah keluar, kire balik, ade 14 je :guling:

mcm mna ley jdik mcm tu?? agaknye sek.12 memg mcm tu kot~ dlu ktorg wat OBH kol 2 pg lalu sna, jd mcm ni gak la, kre dlm barisan ada lebih sorg~ smpai skola balik, cikgu ckp sorg plak hilg~ kol 4 pg jmpe dye kt sna tgh nangis dgn baju koyak rabak, smpai skrg tataw apa jd kt dye sbb pastu dye trus jd pndiam~

petra
02-11-12, 11:03 AM
kes ni dh lama dh kn... bc kes ni tahun 2008 lg he3...kes ni xtau btui ke x coz marzidul akmal pon penah bt ulasan psl rumah ni n dia pon xdpt nk sahihkan rumah tu berhantu or x...

lolly lilly
02-11-12, 11:25 AM
kes ni dh lama dh kn... bc kes ni tahun 2008 lg he3...kes ni xtau btui ke x coz marzidul akmal pon penah bt ulasan psl rumah ni n dia pon xdpt nk sahihkan rumah tu berhantu or x...
tu la, citer agak musykil la jgk~
sbb mende ni da lma~
n 1 lg, kalo btol tahun 2008 citer ni da kua, n dye kta kesah ni jd 9 thun sbelom tu, kiranye tahun 1999 la kn? jd tahun tu da ada ke software utk download lagu?? n then, dlm citer tu ada kata, "dorg tgh layan DVD korea".. bukan citer korea mula ditayangkn kt Malaysia taOn 2002 ke? haha~ musykil2~ :lol:

norman05051984
02-11-12, 12:02 PM
lame dah cite ni. dulu kat syok lame dah kuar dah. tapi yg ni version ade ubah skit..

typical cite hantu:suspicion::suspicion::suspicion:

denasor
04-11-12, 10:54 AM
klo dlu, mesti teringin nk g tgk umah mcm tu. tp skrg ni xnk dh..
makin btambah umo ni, makin seram lak. huhu

petra
06-11-12, 02:31 PM
tu la, citer agak musykil la jgk~
sbb mende ni da lma~
n 1 lg, kalo btol tahun 2008 citer ni da kua, n dye kta kesah ni jd 9 thun sbelom tu, kiranye tahun 1999 la kn? jd tahun tu da ada ke software utk download lagu?? n then, dlm citer tu ada kata, "dorg tgh layan DVD korea".. bukan citer korea mula ditayangkn kt Malaysia taOn 2002 ke? haha~ musykil2~ :lol:

mmg ramai pon ms tu pertikai pasal download lagu, pastu psl layan dvd korea tp xder sumber pon ckp benda ni btui2 terjadi...dlm blog marzidul, de 1 pakcik komen kt blog marzidul, dia ckp dia penjaga umah tu n dia menafikan citer hantu kt umah tu tp biler marzidul ckp dia nk masuk umh tu n bt liputan trus pakcik tu mendiamkan dr smp sekarang. Pakcik tu siap ckp lg last owner umah tu bg sewa kt bdk UiTM pd 30 tahun yg lepas so byk sgt version n citer yg kuar dh he3 so xtau btui ke x....Kalau dh 30 tahun lg ler x logik nk download lagu n tgk citer korea....Yg paling kelakar masa tahun 2011 (kalau xslah ar) rumah tu diiklankan kt mudah.my n nk dijual pada harga rm63000 jer (xpasti lak he3).

lolly lilly
06-11-12, 02:36 PM
mmg ramai pon ms tu pertikai pasal download lagu, pastu psl layan dvd korea tp xder sumber pon ckp benda ni btui2 terjadi...dlm blog marzidul, de 1 pakcik komen kt blog marzidul, dia ckp dia penjaga umah tu n dia menafikan citer hantu kt umah tu tp biler marzidul ckp dia nk masuk umh tu n bt liputan trus pakcik tu mendiamkan dr smp sekarang. Pakcik tu siap ckp lg last owner umah tu bg sewa kt bdk UiTM pd 30 tahun yg lepas so byk sgt version n citer yg kuar dh he3 so xtau btui ke x....Kalau dh 30 tahun lg ler x logik nk download lagu n tgk citer korea....Yg paling kelakar masa tahun 2011 (kalau xslah ar) rumah tu diiklankan kt mudah nk dijual pada harga rm63000 jer (xpasti lak he3).
tp kalo ikot kn kyataan, rsa nye rumh tu memg btol2 brpenghuni kot~ yela, sbb lalu je da seram~ geng2 dlu pon de jgk citer yg uma tu memg keras~ tp pasal citer hantu ni tataw la~ sbb byk sgt pengubahan, smpai kt org lain jd lain, ada tokok tambah~ mgkin ada part yg btol, mgkin x~ hee~
n 1 lg, smpai skrg kn uma tu x dijual?

petra
06-11-12, 02:47 PM
tp kalo ikot kn kyataan, rsa nye rumh tu memg btol2 brpenghuni kot~ yela, sbb lalu je da seram~ geng2 dlu pon de jgk citer yg uma tu memg keras~ tp pasal citer hantu ni tataw la~ sbb byk sgt pengubahan, smpai kt org lain jd lain, ada tokok tambah~ mgkin ada part yg btol, mgkin x~ hee~
n 1 lg, smpai skrg kn uma tu x dijual?

yela dh xder org duduk so bnda lain tumpang ar he3 x dinafikan myb citer ni btui n biler ramai yg post mst de gak yg tambah nk bg lg menarik...aah mmg x dijual still maintain x berpenghuni he3

lolly lilly
06-11-12, 03:05 PM
yela dh xder org duduk so bnda lain tumpang ar he3 x dinafikan myb citer ni btui n biler ramai yg post mst de gak yg tambah nk bg lg menarik...aah mmg x dijual still maintain x berpenghuni he3
dok shah alam gak ke? alang2 tu moh le kte ber qiamullail brsama2 kt rumah tu~
cme nk memastikan rumah tu btol2 brpenghuni ke x je~ hee~ :lol:

petra
07-11-12, 09:56 AM
dok shah alam gak ke? alang2 tu moh le kte ber qiamullail brsama2 kt rumah tu~
cme nk memastikan rumah tu btol2 brpenghuni ke x je~ hee~ :lol:

dulu dok shah alam ar he3 uish xnk mengundang padah he3 kang de yg memerhati :lol:

rozek
25-11-12, 01:50 AM
eeeuuuu..seram....

atoq
25-11-12, 02:35 AM
si naim takde, dorg makan terus belah ke :lol:

lolly lilly
25-11-12, 12:11 PM
si naim takde, dorg makan terus belah ke :lol:
atoq, da bca smpai hbis blom ni? ke takot nk bca smpai hbis? :guling:

shaka baby
25-11-12, 01:08 PM
yg umah kt sec 12 tu, member2 aku masuk, dtg 14 org, tp bile kire 15 org. kire byk kali pn tetap 15 org. muka sume kenal je. tp xtau mne yg palsu. dah keluar, kire balik, ade 14 je :guling:

teringat lak geng kawad sekolah dlm hutan..sesi nak masuk hutan mlm2 tanpa touchlight..dah semua keluar..beratur panjang2..buat kiraan secara menjerit..mmg terlebih sorang..x betul kira balik pun terlebih..last2 azan..baru cukup :lol:

shaka baby
25-11-12, 01:12 PM
tu la, citer agak musykil la jgk~
sbb mende ni da lma~
n 1 lg, kalo btol tahun 2008 citer ni da kua, n dye kta kesah ni jd 9 thun sbelom tu, kiranye tahun 1999 la kn? jd tahun tu da ada ke software utk download lagu?? n then, dlm citer tu ada kata, "dorg tgh layan DVD korea".. bukan citer korea mula ditayangkn kt Malaysia taOn 2002 ke? haha~ musykil2~ :lol:
1999 zaman tape lagi la syg..ada pun cd je..dvd mmg ori rasanya yg mahal :lol:

lolly lilly
25-11-12, 04:16 PM
1999 zaman tape lagi la syg..ada pun cd je..dvd mmg ori rasanya yg mahal :lol:
hee~ taw la cik baby~ tp lolly musykil la~ tahun 1999 da de ke org d/load mp3 n sbagainye tu~ :lol:

shaka baby
25-11-12, 07:17 PM
hee~ taw la cik baby~ tp lolly musykil la~ tahun 1999 da de ke org d/load mp3 n sbagainye tu~ :lol:
x pasti..time tu masa guna pc akak windows 95 ke windows 97 x pasti mana satu...dia ada sikit koleksi mp3..x silap ada satu website aje dia sedut jiwang.org hehehe..loli cek balik kemunculan jiwang.org...hehe

feer
19-02-13, 05:25 PM
eh..dekt sekyn 2 rupenye..seram lak ak nk cri rumah sewa nt..hahah